Monday, July 23, 2007

Rosyati Dulahip D20051021126

Assalamualaikum, apabila kita membicarakan tentang kebudayaan, perbicaraan itu tidak akan terlepas daripada mencakupi hal- hal lain yang berkaitan dengannya secara langsung, terutamanya pendidikan dan masyarakat. Hal ini berlaku kerana tanpa pendidikan, kebudayaan tidak dimiliki. Penyataan ini juga bermakana tanpa pendidikan, sesuatu masyarakat itu tidak akan wujud. Kebudayaan membezakan manusia dengan haiwan. Kebudayaan tidak dibawa ketika manusia itu lahir ke dunia. Unsur itu dibina, ditemukan, tumbuh, berkembang dan disebarkan. Kebudayaan ialah cara berfikir dan merasa, serta menyatakan diri dalam seluruh segi kehidupan sekelompok manusia yang membentuk masyarakat, dalam suatu ruang dan suatu waktu. Penyataan ini telah menjelaskan bahawa masyarakatlah yang mendukung sesuatu kebudayaan itu. Walau bagaimanapun, saya tidak bersetuju jika sesuatu budaya itu dianggap bertamadun jika masyarakat tersebut dapat melahirkan budaya material yang diistilahkan oleh masyarakat barat. Persoalannya di sini adakah budaya itu umpama "barangan" yang boleh dinilai mengikut harga pasaran? Tapi itulah hakikatnya, dewasa ini ramai yang memperdagangkan dan memperlekehkan budaya mereka ekoran mengikuti perkembangan dunia global yang menganggap duit adalah sagala- galanya. Selain itu, kebudayaan ialah kelompok adat kebiasaan, fikiran, kepercayaan, dan nilai turun temurun yang dipakai oleh masyarakat pada waktu tertentu untuk menh\ghadapi dan menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi yang akan timbul. Kebudayaan merupakan pengetahuan manusia yang diyakini kebenarannya oleh yang bersangkutan dan yang diselimuti serta menyelimuti perasaan- perasaan manusia serta menjadi sumber untuk menilai iaitu penilaian baik dan buruk, berharga atau tidak berharga, bersih atau kotor dan sebagainya. Hal ini terjadi kerana kebudayaan mengandungi nilai- nilai moral yang bersumber pada pandangan hidup dan kod etika yang dimiliki oleh sesuatu kumpulan manusia. Akhir kata daripada saya, hargailah dan sayangilah budaya kita kerana budaya melambangkan jiwa dan jati diri sesuatu bangsa.